Rabu, 26 Maret 2008

PANDANGAN MATA

Menahan Pandangan Mata, Sesiapa yang suka mengumbar pandangan matanya, maka penyesalan yang dia rasakan tiada henti-hentinya.
Pandangan akan menyusup kedalam hati seperti anak panah yang meluncur saat dibidikkan. Jika tidak membunuh, tentu anak panah akan membuat luka. Atau pandangan itu seperti bara api yang dilempar ke dahan-dahan kering. Jika tidak membakar semuanya, tentu ia akan membakar sebahagian di antaranya.
Orang yang memandang melepaskan pandangan dengan anak panah seperti yang dimaksudkan hatinya.
Dikatakan dalam beberapa himpunan syair :
Selagi pandangan matamu berkeliaranSegala pemandangan akan membebani hatiKau pandang segala sesuatu di luar kemampuanSebahagian lain tiada kesabaran lagi
Segala peristiwa berawal dari pandangan mataJilatan api bermula dari setitik baraBerapa banyak pandangan yang membelah hatiLaksana anak panah yang meleset dari tali
Selagi manusia masih memiliki mata untuk memandangDia tidak lepas dari bahaya yang menghadangSenang di permulaan dan ada bahaya di kemudian hariTiada ucapan selamat datang dan ada bahaya saat kembali
Wahai orang-orang yang melepaskan anak panah sesaatEngkaulah sang pembunuh namun tiada mengenaWahai orang yang mengambur pandangan untuk mencari ubatKau datang dengan membawa kayu bakar yang membaraHatinya tidak dibiarkan kerana bekal pandanganDengan bekalnya itu dia tidak menyedari yang terjadi
Tak kulihat siapa pembunuh dan siapa korban pembunuhanTanpa senjata yang menyertai kerana maksud hatiSiapa yang didatangi musuh dan pendengkiAku akan datang dengan mata dan hatiKedua-duanya berganti-ganti pandangan dan fikiranTidur dan fikiranku dijadikan tawanan
Orang yang diperbudak sedang mengembala bintang malamAirmatanya mengalir mengharap uluran kasihanMataku sudah rela mencari korban cintaTangisilah jasadku yang membeku kerananya
Dengarlah tembangku wahai semua orangUsah perhatikan lagi penyedap makananCinta itu berakhir dengan angan-anganBermula dari canda dan gurauan
Wahai pandanganku yang berlumur dosa di badanDengan airmata kan ku hapus dosa kepedihanAku ingin menangis kerana cinta dan laraKau kenyang kerana kantuk yang menyerangnyaTak mungkin kerlingan tanpa pandanganTak mungkin ada diri tanpa badan
Cahaya dan keceriaan yang datang kerana menahan mata ini bisa terlihat di mata, wajah dan seluruh anggota tubuh. Oleh kerana itu Allah menyebutkan di dalam surah An-Nur,
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, Hendaklah mereka menahan pandangannya. “ (An-Nur:30)
“Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. “ (An-Nur:35).
Manfaat Menahan Pandangan Mata
1- Membersihkan hati dari derita penyesalan
q Sesuatu yang paling bahaya bagi hati adalah mengumbar pandangan, kerana dia akan melihat apapun yang dicarinya dan tidak bersabar.
2- Mendatangkan cahaya dan keceriaan di hati
q Barangsiapa menahan pandangannya dari keindahan2 wanita, maka Allah mewariskan kelazatan di dalam hatinya yang akan dia dapatkan hingga hari dia bertemu denganNya.
3- Mendatangkan kekuatan firasat yang benar
q Firasat bermaksud cahaya dan buah dari cahaya. Jika hati bercahaya, maka firasat juga tidak akan meleset.
4- Membuka pintu dan jalan ilmu serta memudahkan untuk mendapatkan sebab-sebab ilmu.
q Hal ini terjadi kerana adanya hati. Jika hati bersinar terang, maka akan muncul hakikat2 pengetahuan di dalamnya lalu sebahagian demi sebahagian ilmu itu dapat diserap.
5- Mendatangkan kekuatan hati, keteguhan dan keberanian
q Sesiapa yang menentang hawa nafsunya, maka syaitan merasa takut kepadanya.
6- Mendatangkan kegembiraan, kesenangan dan kenikmatan
q Tatkala dia mampu membekukan kesenangan dan syahwatnya kerana Allah, maka Allah menggantikannya dengan kesenangan yang lebih komplit dan jauh lebih besar daripada kenikmatan mencicipi dosa.
7- Membebaskan hati dari tawanan syahwat
q Sesungguhnya orang yang layak disebut tawanan adalah orang yang bisa ditawan syahwat dan hawa nafsu
q Jika syahwat dan hawa nafsu sudah menawan hati manusia, maka memungkinkan bagi musuh dan rivalnya untuk melancarkan siksaan kepadanya, sehingga dia seperti anak burung di tangan anak kecil yang memainkannya sesuka hati.
8- Menutup pintu neraka jahanam
q Pandangan mata adalah pintu syahwat yang menuntut perlaksanaannya. Pengharaman Allah dan syariat-Nya merupakan tabir penghalang untuk mengumbar pandangan. Siapa yang merosakkan tabir itu dia akan berani melanggar larangan.
q Orang yang sudah terbiasa dengan sesuatu yang pernah ada, tidak menolak untuk menerima sesuatu yang baru, apalagi jika yang baru itu nampak lebih indah. Menahan mata bisa menutup pintu-pintu ini.
9- Menguatkan dan mengukuhkan akal
q Mengumbar pandangan mata tidak dilakukan kecuali oleh orang yang lemah akalnya dan tidak mempedulikan akibat di kemudian hari.
q Orang yang cemerlang akalnya adalah yang bisa mempertimbangkan akibat dari perbuatannya.
10- Membebaskan hati dari syahwat yang memabukkan dan kelalaian yang melenakan
q Mengumbar pandangan mata pasti akan membuatkan pelakunya lalai terhadap Allah dan memikirkan hari akhirat serta membuatkannya mabuk kepayang dalam tawanan cinta, sebagaimana firman Allah tentang orang2 yang tertawan oleh rupa dan penampilan,
“Demi umurmu (Muhammad), sesungguhnya mereka terombang-ambing di dalam kemabukan(kekesatan).” (Al-Hijr:72)
q Pandangan mata adalah segelas arak dan cinta yang dapat mabuk bila meminumnya. Mabuk cinta jauh lebih parah daripada mabuk kerana arak.
Mabuk kerana nafsu terus berkelanjutanJangan harap kesedarannya terbangkitkan
Wahai orang yang mengumbar pandangan walau sesaatEngkau kan kembali sebagai korban yang sekarat

Tidak ada komentar:

^_^

^_^